Thursday, March 31, 2011

Bagaimana mencari latitud(garis lintang) dan longitud(garis bujur) sebuat tempat? Koordinat sebuah tempat?

Bagaimana mencari latitud(garis lintang) dan longitud(garis bujur) sebuat tempat? Koordinat sebuah tempat? Anda tahu di mana tempat tersebut di dalam peta? Anda tahu alamat dan lokasi tepatnya , tetapi tidak pula anda ketahui apa koordinatnya. Mudah sahaja, apa yang anda perlu lakukan ialah hanya pergi ke laman www.getlatlon.com dan lihat aplikasi yang disediakan untuk mencari koordinat sesebuah tempat.
 
 Seperti yang anda lihat pada gambar di atas, peta dunia dipaparkan di laman tersebut. Peta yang dipaparkan adalah sama dengan peta Google Maps. Anda jugaboleh melihat dengan lebih dekat tempat anda ingini dengan membesarkan paparan peta tersebut. Salah satu cara menggunakan peta ini ialah dengan menggerakkan peta ini sehingga tempat yang and ingini itu terletak pada penanda '+' yang ada di tengah-tengah peta itu. Penanda tersebut sudah saya tandakan dan bulatkan dengan warna merah. Kemudian anda lihat pada bahagian bawah peta itu dan koordinat tempat tersebut sudah tertera di situ. Bukankah ini sungguh mudah dan menakjubkan?

Contoh yang lain; saya ingin mencari koordinat bagi 'Shah Alam'. Apa yang perlu saya lakukan kali ini ialah memasukkan nama tempat tersebut ke dalam search box yang disediakan di bahagian atas peta itu dan tekan butang Zoom into place . Tadaaaaa~ Lihat pada hasilnya, peta akan menunjukkan kedudukan Shah Alam dan juga koordinatnya. ^_^ Sekarang giliran anda pula untuk mencubanya. Klik sini!


No comments:

Post a Comment