Friday, April 1, 2011

Warna-Warni : Maklumat Warna?

Adakah anda :
  • seorang pereka grafik?
  • pembina laman web?
  • seorang yang sangat peka kepada hal2 berkaitan dengan warna?
  • perlukan pelbagai maklumat tentang warna?
Jika salah satu daripada kenyataan di atas adalah benar, ini bermakna laman color-hex akan menjadi sangat berguna untuk anda. Laman ini menyediakan anda dengan maklumat-maklumat yang amat berguna berkaitan dengan warna. Paling asas sekali ialah ia memberi anda pilihan untuk mendapatkan kod warna (6 digit kod warna). Selain daripada itu, ia turut menyediakan kod CSS dan HTML .
Bagaimana untuk menggunakannya? Ianya amat mudah. Tekan pada inputbox yang ada pada sebelah atas dan kanan laman ini. Anda boleh pilih sama ada untuk memilih warna yang diingini dengan menekan pada kotak warna yang disediakan atau terus masukkan kod warna. Kemudian tekan butang Get color info dan lihat hasilnya.
Anda akan dibawa ke sebuah page yang penuh dengan maklumat tentang warna tersebut. Seperti yang anda lihat diatas, antara maklumat yang diberi ialah kod RGB dan juga CMYK bagi warna tersebut.

Selain daripada itu, ia turut memaparkan carta warna menunjukkan (1)RGB atau red(merah),green(hijau), blue(biru) warna tersebut dan tidak lupa juga (2)HSL yang terdiri daripada Saturation, Lightness dan Hue bagi warna tersebut.


Dan bahagian yang lebih menyeronokkan ialah, ia menyediakan kod CSS dan HTML untuk membina laman web. Lebih dari itu, laman ini turut memaparkan bagaimana warna2 ini akan kelihatan dalam keadaan tertentu, dalam perkataan lain ialah demo. Contohnya, demo warna ini sebagai (2)background(warna latar) , (3) border(garisan pada kotak) dan juga sebagai button(butang tekan). Seronokkan? Apa lagi, mari mencubanya di sini!

No comments:

Post a Comment